Wednesday 13 July 2011

Restoran Aroma Ikan Bakar ...JERAM


Pada yang minat makan seafood macam Amiey ni memang suka la mencari kat mana port bleh makan seafood yang sedap, berkualiti, murah. Berbaloi-baloi !!
 
Atas rekomendasi seorang kawan, Amiey pergilah ke Restoran Aroma Ikan Bakar yang terletak di  Pantai Jeram. Amiey pun dah lupa dah berapa kali datang sini.Tapi sebelum ni  kawan Amiey tu biasa datang kedai yang satu lagi. Actually, ada dua kedai terletak di Jeram ni, dua-dua memang jual seafood la. Pada suatu hari tu disebabkan kerana servis yg agak teruk daripada kedai satu lagi kitaorang pun trylah Restoran n.. rupanya memang lagi menariklah. Lagi sedap, lagi cepat dan efisien. tempat pun lagi cantiklah, ada meja biasa, ada pangkin dan ada dangau2 yang boleh duduk bersila makan.


Nilah ruper restoran tu ...



antara menu yang kami order pada hari tersebut....If nak tau ni semua makan untuk dua orang jer tau hehehe....


Siakap Masak Stim..perghhh



 Kerang bakar




Pepahat masak pedas....


Ketam bakar... Amiey lebih suka ketam yang fresh dibakar..barulah bleh enjoy rasa isi ketam tu fuhhhh




Makan nasi kenala ada kuah sikit....tomyam campur...tapi kan selepas makan Amiey xsuka sangat tomyam dia cam biasa jer..if tak order pun xapa



 Air untuk kami berdua.... Oren juice satu jag RM10.00




 Makan seafood kenalah minum air bebanyak.....Panas!!


















































































 


 





Restoran Aroma Ikan Bakar, Jalan Jati off Jalan Pantai Jeram, Pantai Jeram.
If tak tau jalan, pergila carik pekan kapar tu dulu then dari situ senang la jumpa. Actually Jeram ni terletak dekat dengan Pantai  Remis.

Friday 1 July 2011

Restoran Sambal Hijau

Restoran Sambal Hijau ni terletak di Kampung Sungai Penchala, kawan papa yang introduce kedai makan ni.Malam tu mama pulang lewat sebab ada training di KL. Lepas tu mama ngan Amiey kena plak jemput papa kat opis sebab papa  OT, so kitaorang carikla tempat makan area opis papa tu. Opis papa dekat Mont Kiara so, Sungai Penchala ni antara area yang dekatlah jugak dari opis papa Amiey. Sebelum ni Amiey pernah ajak tokde dan maksu Amiey (of course with mama n papa) pergi makan kat sini. Tapi masa tu waktu makan tengahari, lauk makan tengahari kat kedai memang banyak, ada macam-macam tetapi lebih pada masakan Negeri Sembilan, mcam ada gulai masak lemak macam2 ikan, udang, ikan keli salai, daging salai , telur itik dan sayur pucuk paku. ...ada banyak lagi tapi Amiey macam dah lupa hehe.Ikan bakar dan masak asam pedas pun ada. Harga kat kedai ni standard la x mahal n takla murah ..biasa-biasa jer

Tapi malam tu kitaorang try plak order masakan panas kat Sambal Hijau ni. Antara menu yang kami order...
Urat Masak Merah, telur bungkus dan tomyam. Yang special urat masak merah tu, memang susah nak jumpa kat kedai lain...kami pun x biasa makan, first time nak rasa ni hehehe.

                                                       Urat Masak Merah

First trial, urat ni boleh tahan sedap jugak,. Rasa  kenyal2 camtu la,. If ada yang dari pantai timur mungkin dah biasa makan urat keting ni,..."Rojak Kateh"...rojak masam manis yang guna urat keting ni memang femes kat Terengganu..


 
Tomyam Campur


Telur Bungkus

Kos makan malam kami pada malam tu ialah.........